Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Wednesday, 21 October 2015

FILEM Review : GOOSEBUMPS

Assalamualaikum..
Moshi² (^.^)v


Hai korang, hari ni tetiba rasa nak review filem pulak. Nak feeling² jadi pengkritik filem kunun, hee.. Aku ni bukanlah kaki wayang sangat pun, tapi bila ada kawan ajak pergi tengok wayang memang aku pantang, pantang menolak mesti pergi. Kadang tu, kalau tahu ada movie best tengah main, rasa nak pergi saja tengok walaupun seorang diri, tapi bila difikir² balik memang tak best pergi sorang² rasa dunia ni sunyi sangat. Kalau pergi dengan kawan² sure happening giler, gempak gitu..

Sebelum ni memang ada ternampak ‘behind the scene’ filem ni. Nampak macam best rasa tak sabar nak tengok pun ada. Bila dah tengok, memang cerita ni best, santai, kelakar dan tidaklah seram sangat sampai buat kita meremang.  Semua lapisan masyarakat boleh tengok, walaupun ada part² yang tak sesuai untuk kanak² tapi tak banyaklah, sikit je kot, hehe..

Filem ni banyak guna karakter novel yang dikatakan betul² hidup selepas penulisnya menulis buku tersebut. Dalam filem ni Slappy The Dummy lah yang jadi ketua untuk semua watak² dalam novel. Lebih kurang nak keluar dan balas dendam pada penulis buku tu. Dia telah melepaskan semua watak tersebut dan cuba memusnahkan bandar yang manusia lain duduk. Karakter yang buat saya gelak banyak ialah karakter Champ yang dilakonkan oleh Amy Ryan. Dia sememangnya kelakar dan bendul orangnya, ada saja benda yang dia buat akan buatkan kita tergelak, tak kering gusilah bila menonton.

Inilah Slappy The Dummy, seramkan pandangannya? wuuu~
Okeylah, meh kita baca sinopsis filem nie, dan tengok trailernya (saja);
Filem Goosebumps ini menceritakan bagaimana seorang lelaki bernama Zach (Dylan Minnette) yang risaukan Hannah(Odeya Rush) yang mempunyai seorang ayah yang bernama R.L Stine (Jack Black) begitu garang pada awal pertemuannya sebagai jiran baru. Zach merasakan yang dia sudah jatuh hati dengan Hannah dan mengambil berat pada apa yang akan berlaku pada Hannah bila dimarahi oleh ayahnya. Sehinggakan pada satu malam, Zach menyelinap masuk ke dalam rumah Hannah (walaupun telah diberi amaran oleh ayah Hannah untuk menjauhi rumahnya). Di sini bermula ceritanya apabila Zach telah membuka salah satu buku yang dikunci dan tanpa diketahui olehnya yang buku itu mempunyai “nyawa” yang tersendiri. Selebihnya, anda tengoklah sendiri.. 


p/s : aku tak pandai sangat nak kritik² nie, apa yang aku tulis hanya pendapat semata-mata, kalau kamu ada pendapat lain bolehlah komen ye? 



♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Monday, 19 October 2015

Ieka Farhana Mencari Bloglist

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v


Macam mana boleh terjebak dalam dunia blogging?

Err.. macam mana ya? Aku pun dah lupa, kejap aku refresh dulu otak aku nie.. Hmm.. seingat akulah kan (ini pun dengan ingatan yang samar²), aku terjebak sebab aku berminat dengan cara penulisan & cara mereka menyampaikan apa yang nak disampaikan, ada yang sempoi, santai, bersahaja dan ada juga yang agak skema macam tengah baca keratan akhbar rasanya.  Entry² yang mereka update pun tak kurang hebatnya, ada yang bagi info dan ada yang sekadar bercerita mengenai diri mereka, tapi kebanyakkan menyeronokkanlah.

Dan lagi sebabnya, aku nie jenis yang suka berkongsi cerita, info dan macam², TAPI tak suka bercakap, malas nak buka mulut. So aku pikir dengan berblogging nielah jalan yang terbaik. Okey, itu saja kot. Nanti lebih² terlebih patah perkataan pulak, hehe..

Kena tag dua orang rakan kan EJUM & AINI SHA .. Kalau yang lain nak join pun oleh, klik banner dan baca syarat² yang owner dah bagi. Sekian..








♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Saturday, 10 October 2015

SERONOKNYERR.. HAPPYNYERRR.. (terlupa email dan password)

Assalamualaikum
Moshi-moshi [^.^]v


Helooo u'olls.. Im backkk~~ :):):)

Happy yang teramat aku rasa hanya Tuhan saja yang tahu. Rasa macam mahu melompat² pun ada. Punyalah lama aku tak update blog aku ni, dah bertahun dah. Kalau rumah maybe dah usang dan yang paling menakutkan maybe dah ada tetamu yang tak diundang menghuni rumah ni. Wuuu... sooo creepyy..

Masa tengok kawan² update blog diaorang rasa sakit pulak hati ni dengan diri sendiri, tangan ni rasa gatal nak ketuk² keyboard, kat otak aku pulak mencurah² idea yang masuk, tapi tersia macam tu sajalah, hmm.. Aku pun tak tahulah kenapa aku boleh lupa password dan lagi sandi emailnya pun aku lupa sekali, hmm.. (teruknya perangai!)

Betullah orang kata, sekarang ni semua di hujung jari, taip saja apa nak, puhh!! dengan sekelip mata (itupun kalau line kita lajulah, kalau tak tunggulah loading ye) banyaklah pilihan yang bersangkutan dengan apa yang kita taip. Nasib aku baiklah jugak, sekejap saja dah dapat apa yang aku cari. Terima kasihlah owner blog ini, kerana entry yang dia kongsi membolehkan aku bermanja lagi dengan blog aku ni, hee .. 

Oleh kerana aku happy, jom kita menikmati lagu ni, hee .. 


p/s : until we meet again, xoxo :)


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Saturday, 18 January 2014

Jangan lafazkan ini (Bila Awek Menangis)

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v

Hai semua.. Sebagai perempuan biasanya kita nie lebih mudah menitiskan air mata berbanding lelaki. Lebih-lebih lagi time kita period atau stress kita boleh menangis sampai tersedu-sedu kan?!

Selalunya si lelaki akan cuba untuk menenangkan teman wanitanya yang sedang menangis. Tapi malangnya, si lelaki kerap melakukan kesalahan ketika berkata. So jom kita berkongsi perkara yang tidak boleh diperkatakan pada si gadis yang sedang menangis.


 "Lupakan Saja"
Bila lelaki menyebut perkataan ini, si gadis akan jadi bertambah sedih. Bahkan ia boleh membuat tangisannya bertambah teruk. Kesedihan tidak boleh dihilangkan dengan begitu saja. Setiap orang mengekspresikan rasa kecewa dengan cara yang berbeza-beza. Menangis adalah salah satu cara yang boleh membuat mereka berasa lebih tenang.

 "Taklah seberat mana masalah awak tu"
Lelaki mungkin menganggap bahawa masalah yang dihadapi oleh pasangannya tidak terlalu teruk. Tetapi jika perkara ini boleh membuat dia sampai menangis, tentu ada perkara yang tidak diingini telah berlaku kepadanya. Mengatakan kepadanya bahawa perkara itu tak seberat mana seolah-olah tidak mangambil berat perasaannya. Tak hairanlah jika pasangan kamu menangis dengan sikap kamu itu.

 "Eh, awak datang bulan lagi ker?"
Gadis akan merasa diremehkan dan tidak dihargai saat lelaki menganggap wanita jadi lebih sensitif kerana datang bulan. Pada fasa ini, gadis menjadi lebih sensitif ketika PMS. Namun, tidak bererti mereka akan menerima bila dikatakan seperti itu saat ia menangis. Perkataan ini seolah-olah merendahkan statusnya sebagai seorang wanita.

 "Awak nie mengada-ngadalah"
Jika si gadis menangis, memang ada perkara yang sangat emotional yang dialaminya. Dengan mengungkapkan perkataan ini, ia akan membuatkan si gadis berfikir yang kamu menganggapnya sebagai seorang yang bermasalah dan selalu suka membuat drama.

 "Saya faham perasaan awak"
Ayat ni memang sudah menunjukkan rasa simpati. Tetapi semua ini palsu semata-mata apabila ia diucapkan oleh si lelaki yang telah menyakiti perasaannya. Merangkul atau menepuk bahu jauh lebih berkesan untuk membuatkan perasaan si gadis berasa lebih baik daripada hanya sekadar mengucapkan kata-kata ini.

 "Sudahlah tu.. berhenti nangis okey!"
Melarang si gadis untuk menangis ketika dia berasa sangat sedih atau terseksa bukan satu pilihan yang bijak. Penyelesaian terbaik untuk mengatasi situasi seoerti ini adalah dengan membiarkan dia meluahkan perasaanya. Meminta dia berhenti menangis bermakna kamu seperti menganggap dirinya tidak stabil dan tangisannya itu seperti menggangu kamu.

So para jejaka sekalian, bersikap jujurlah kamu kerana dengan sikap jujur kamu akan membuat gadis kamu lebih tenang setelah menangis dan menganggap bahawa pasangannya memahami perasaannya. Harap info ni berguna untuk kita semua.



sumber : majalah REMAJA (edisi 15 Jan 2014)



♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Friday, 27 December 2013

Segmen Bloglist 2014 NasuhaNass

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v


Hai semua.. Lama tak ikut segmen2 ni, al-maklumlah busy kan? (busylah sangat !!)
So jomlah kita ramai2 sertai segmen nie, click banner kat atas tu ye..
see u there ^.~


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Copyright © | All Rights Reserved | By bebyyellowshiteru.blogspot.com 2012-2019